Thursday, November 19, 2009

Event : Hari Pusat Bahasa

Assalamualaikum;

Hari ini aku bangun pagi. Macam tiap-tiap hari laaa. Dalam pukul 630, selepas waktu subuh pada jam443 pagi. Pagi ini sejuk gaban. Seakan-akan tidak mampu untuk mengangkat selimut tebal itu. Tiap kali musim sejuk, macam itulah keadaannya. Tapi aku gagahkan juga, sebab hari ini adalah hari penting! Hari Pusat Bahasa. Pusat bahasa universiti kami mengadakan Hari Pusat Bahasa. Menurut khabar-khabar angin yang bertiup sekitar Mafraq ni, macam meriah. Lantaran daripada itu, aku sangat teruja untuk menghadiri majlis itu bersama-sama dengan "New Toy" aku. Lagi hangat lagi bila aku dengar Raja Jordan akan turut hadir ke majlis itu. Teringin benar aku nak tengok king itu secara LIVE! Mandi-mandi...Eh, gile ke mandi musim2 sejuk ni? Hilang akal ke? Maksud aku mandi tu adalah sekadar membasahkan serta meratakan air seluruh anggota wuduk sebelum ke kelas agar sentiasa dalam keadaan suci - bersih. Sarapan-sarapan, sekarang ini aku mmg mengamalkan sarapan sebelum ke kelas agar aku tidak lapar semasa sesi pengajian berjalan. Siap-siap dan terus ke kelas...

Ikutkan, majlis akan bermula seawal 9pagi. Tapi janji arab itu adalah lebih dasyat dari janji melayu. So, aku pegi kelas dulu. Ambil berkat. Belajar pum pam pum pam.. Selesai. Jumpa budak-budak ni. Ajak pergi sama ke majlis. Nasir je yang ikut aku. Pasal die tak ada kelas masa tu. Ada gap. 10-11pagi. Pegi-pegi... Kosong, senyap sunyi. Yang ada acik cleaner basuh tangga. TABAH! Cari budak-budak ni lepak kat mana. Jumpa. Join..

Itu ini itu ini, pukul 12+/- baru majlis nak mula. RAJA TAK DATANG. Bengang. Yang ada duta-duta je. Tapi duta Malaysia tak ada. Pelik.

Majlis bermula.. Di mulakan dengan nyanyian lagu negara Jordan. Semua pelajar pusat bahasa terlibat. Kemudian diikuti dengan persembahan mengikut negara masing-masing. Hampir semua negara yang mengikuti pengajian di pusat bahasa mengadakan persembahan.. America, China, Kemboja, Nigeria, Indonesia dan Malaysia.



Persembahan Malaysia diwakilkan oleh Saudara Raihan. AKU SUKA! Tak sangka kawan aku ini sangat sempoi. Steady. Depan beratus-ratus orang. Maintain cool. Memang tabiklah! Aku ada record. Hapload kat YouTube.. Tengoklah!



Pastu Persembahan America. Pun best jugak. Rasa macam zaman-zaman CowBoy. Menyanyi sambil diiringi alunan gitar. Sempoi gile. Mmg American Style!


Pastu Persembahan dari China. Pun Best. Orang cina, cakap arab. Pernah dengar? Dengar dan lihat kat sini. Sangat lancar sebutan mereka walaupun ada jugak bunyi-bunyi cina tu. Tak ada masalah. Yang penting orang faham dan mereka boleh bertutur dalam bahasa arab dengan baik.



Pastu persembahan dari Indonesia. Tak best! Aku blah balik. Tak boleh blah langsung. Macam tak ada benda lain yang boleh di persembahkan. Ikutlah, aku tak nak join. LOSER! Tak nak komen lebih. Nanti emosi..

Apapun, objektif majlis tercapai. Bermottokan Keamanan Sejagat Melalui Bahasa, mesej berjaya diterapkan pada sekelian tetamu yang hadir. Walau apa sekalipun bahasa yang kita tuturkan, kita semua inginkan keamanan..

Babai ~


Seterusnya...

Monday, November 16, 2009

Info : Stumble! and KukuKlok

Assalamualaikum;

INFO 1

Anda bosan mengadap internet 24jam sampai tak tahu nak bukak apa lagi dah?

JOM STUMBLE!

Logo of StumbleUpon by topgold.


"Setelah saya menggunakan add-on ini lebih kurang 2minggu, saya sangat berpuas hati dengan persembahan yang diberikan oleh stumbleupon ini.. Saya sudah cuba, anda bila lagi?"

StumbleUpon merupakan sebuah agen web yang berfungsi memberikan web2 yang sesuai dengan kehendak dan naluri anda TERUTAMA BILA ANDA TAK TAHU NAK BUAT APA LAGI DENGAN INTERNET. Anda click je kat icon die tu, nahh.. terpancarlah web2 yang best lagi mantap untuk tontonan umum, sesuai dengan semua lapisan masyarakat..

JOM STUMBLE!

Tak faham?

Begini, anda dikehendaki register pada aplikasi tersebut dan install pada komputer anda. kemudian anda akan di suruh tick pada perkara2 kegemaran anda sebagai contoh kalau anda minat travel ke, music, photography, news dan sebagainya. BILE ANDA BORING DENGAN INTERNET, anda tekan je butang STUMBLE, maka akan keluarlah web2 yang dipilih secara random yang ssuai dengan naluri anda... Selamat Mencuba ~

JOM STUMBLE!

-----------------------------------------------------------------------------

INFO 2

Anda susah untuk bangun dari tidur?

Tak ada orang nak kejut anda bila anda nak qiamullail sepertiga malam?

Ada perkara yang anda memerlukan 'orang lain' untuk reminder?

Jawapannya : KUKUKLOK

"Hampir seminggu saya menggunakan KUKUKLOK, Alhamdulillah, KUKUKLOK banyak membantu mengejutkan saya dari tidur..."

KUKUKLOK merupakan jam digital internet yang berfungsi sama seperti jam loceng. Akan tetapi KUKUKLOK menawarkan pelbagai bunyi yang pastinya mengejutkan anda terutama di waktu pagi. Lagi terkejut kalau anda pasang full volume speaker anda. Pasti anda tidak akan terlajak tidur lagi selepas ini..

Apa yang menariknya?

Aplikasi ini tidak akan terganggu walawpun talian internet anda terputus selepas fully loaded. Bile web anda telah done, maka jika berlaku sebarang gangguan talian selepas itu, ia tidak akan memberikan apa2 kesan, melainkan blackout atawpun anda shut down computer anda atawpun anda close-tap xpun close terus browser..

SARANAN PENGUNAAN :

1. Solat subuh
2. Bangun pagi pergi kelas

JOM KUKUKLOK

tu je la..babai ~

*Tiada seterusnya ~


Seterusnya...

Wednesday, November 11, 2009

Info : 1st World War

Assalamualaikum;

Hari dalam sejarah, 11 November 1918, tamatlah perang dunia pertama yang menyebabkan byk nyawa terkorban begitu sahaja. Di katakan sebanyak 10juta nyawa tentera yang berjuang di medan perang terkorban dari kedua-dua belah pihak iaitu pihak berikat dan pusat kuasa. Kesan dari peperangan itu, maka banyak kerajaan yang tumbang jatuh menyembah bumi.. (Huh, sangat tak boleh blah dgn ayat ini)

Sebab itu kalau kita tengok orang-orang eropah macam Sir Alex Ferguson, akan memakai bunga poppy merah di baju mereka bagi tujuan mengingati pejuang-pejuang yang terkorban semasa tercetusnya peperangan ini yang berlaku selama 4tahun, dari 28 Julai 1914 sehingga 11 November 1918. >>Sumber di sini<<

"Red Poppy"

Bukan itu yang aku nak cerita. Tak kesahlah kan dia nak pakai apa pun. Lagi pun untuk negara dia jugakan. So, tak ada masalah.. yang masalahnya... Mamat ni... Punnnn nak pakai jugakkk..haishhh...


Di sebabkan dia ni pakai, aku terus cari cerita pasal bunga ini dan kenapa apa semualah. Malam itu aku tidur dekat nak pukul4 pagi sebab nak tahu cerita disebalik bunga ini. Lepas itu barulah aku tahu cerita bunga ini...

So, apa masalahnya?

Masalah eh sekarang ini, perang dunia pertama jugaklah faktor2 menyebabkan jatuhnya empayar turki uthmaniah yang dibina sekian lama yang sangat agong dengan kekuatannya dan kawasan pemerintahanya yang lebih kurang 1/3 dari penduduk dunia ni.. >>Sumber di sini<< Kalau dia pakai tu, maknanya die menyokong kejatuhan empayar itu yang mana empayar itu adalah empayar Islam. Dia ini orang Islam. Pastu menyokong kejatuhan Islam.. Aparaaa...

Tu je yang aku xpuas ati nyer.. haha

Bersangkutan dengan hari peringatan tamat dunia pertama ini, Harini pun aku tamat peperiksaan pertama. Boleh la rehat2 dalam 2minggu ke... Pastu bersiap sedia tuk peperiksaan kedua pulakkk.. lepas tu final.. lepas tuu turkey.. turkey?

Babai ~


Seterusnya...

Thursday, November 5, 2009

Karya : Aku Berperi

Assalamualaikum;

Background Music : Semua Tentang Kita - Peterpan

Malam ini,

Aku nak menulis juga
Tiap-tiap malam aku cuba
Gerakkan jari menaip kata, tapi tetap tak berjaya
Nak berkongsi banyak cerita, baru taip separuh, terus aku delete je
Ilham itu dari Dia. Aku hanya seorang hamba...

Malam sejuk terus memekat
Penglihatan pulak sangat terhad
Tak ada benda yang aku boleh buat
Sepatutkan study exam dah dekat
Tapi buat tak tahu je bajet dah hebat
Dah dekat-dekat nanti baru nak teringt
Perangai tak berubah-ubah walaupun pengajian dah nak tamat...

Hati gundah sayu terasa
Fikiran melangkaui ruang masa
Sekejap kebelakang, kadang terkedepan pula
Jari terus menaip kata
Perut kosong berbunyi meminta
Mata masih bulat terbuka
Jantung mengepam terus bekerja...

Ada satu yang aku nak ingatkan
Untuk aku dan juga sekelian
Cuba kita tinggalkan
Segala perkara yang memualkan fikiran
Perkara yang bersahabat dengan syaitan...

Aku benci perkara yang merimaskan
Fikir benda yang bukan-bukan
Sikit pun tak datangkan keuntungan
Penyakit hati perlukan rawatan...

Mata berair bukan menangis
Sekarang pukul dua pagi
Lagu masih memecah sunyi
Tidur seorang aku malam ini
Hanya badan ada di sini
Fikiran jauh terbang pergi...

Malam ini aku berperi...


Seterusnya...

Monday, November 2, 2009

Semasa : Welcome Winter!

Assalamualaikum;

Lama gila tak tulis apa-apa dalam blog ini. Alasan dia cukup mudah M.A.L.A.S. Tapi malam ini macam diberi satu kuasa untuk menggerakkan jari jemari ini untuk menaip sepatah dua kata bagi membuktikan bahawa blog ini belum lagi sampai ajalnya. Alhamdulillah ~ Walaupun esok aku ada 3exam bagi 1st exam yang telahpun berjalan sejak minggu lepas, tapi rasa macam nak menulis juga sebab sekarang ini masa rehat setelah tekak aku sampai kering ajar budak-budak ini. Wah-wah, macam power pulak rasanya. Sikit-sikit ada rasa macam Deko, Supi dan Dolah dulu. Kiki. Tapi mereka lagi power dari aku. Kalau tak, takkan boleh habis awal kan?

Eh, kejap ye, air yang aku jerang sebelum aku start menaip ni sudah masak pula. Sebentar ye.. (sekarang pukul 2253 - Ikut jam laptop aku ini)

Ok, siap! (sekarang pukul 2256 - Ikut jam leptop aku) cepat tak? aku buat air milo 3 in 1 yang aku sorokkan packet dia dari budak-budak rumah aku. kalau aku tak sorok, makanya, memang kenduri milo la rumah aku tiap-tiap hari. haha.

Sruuuppppp... Hirup sikit. Airnya panas lagi. Tunggu sejuk sikit..

Macam best pula lagu Fall for you - Secondhand Serenade ni. Teringat pulak kisah-kisah lama - Syahdunya. Kena pula sekarang ini tengah hujan renyai-renyai kat luar tu dengan suhu sekarang ini jatuh mendadak dengan cepatnya dari sebelum ni dalam 20c, tapi malam ni kalau ikut suhu kat leptop aku ni jugak, dalam 11c skrg ni. Power betul leptop aku ni kan, semua ada. haha

Apa aku nak tulis ni? tak ada kene mengena pun dengan winter!

Aku bersyukur ke hadrat Illahi kerana diberi sekali lagi peluang menikmati winter pada kali ini. Kalau ikut la kan, tahun ini da LEBIH dari 3x la aku menikmati winter ni. (Jumlah sebenar tidak dapat diberitahu sini atas sebab-sebab tertentu..hehe)

Teringtt pula masa 1st year aku menikmati winter ni, punya la excited. Yela, tak pernah-pernah rasa sejuk-sejuk macam ni kat Malaysia kan, ttb je bile bercakap, ada keluar asap dari mulut, pegang air sejuk gile sampai tangan jadi biru terutama bila buang air besar, bile nak c*b*k tu, pegang air je...BEKUUUUU! Pastu dengan tido berselimutkan 10kg lagi, dah la selimut 10kg, pastu pakai baju 2-3lapis. Huh, seronok sangat rasanya. Tahun ni, tengok budak-budak tahun 1, mcm samaa je perangai mcm aku tahun 1 dulu.. haizzz

(Lagu Fall for you - secondhand serenade still on playing) sehirup lagi milo.... kalini ada coklat today pulak ~ Ngeeeee :D

Tahun ini tahun last aku dapat rasa winter ni, so aku akan gunakan masa yang ada ni yang tak sampai 3bulan lagi ni untuk menikmati winter sepuas-puasnya agar aku tak menyesal nnt bile balik Msia nnt...

Dah lah kot, tu je aku nak cerita pasal winter..ttb xde mood n idea dah..babai ~


Seterusnya...

  ©:: MyWay [v2.2] ::. Template by Dicas Blogger.

TOPO